Wednesday, September 29, 2010

Rendam Kaki di Hot Spring Sendayan..

Ahad 19 September 2010 -

"Azmi, aku dah on the way... aku lambat sikit, sarapan plak dulu tadi...tunggu tau" itulah bicara telefon sambil drive ke Stesyen minyak ESSO di area Sendayan.


Tunggu geng semua cukup, kayuhan bermula agak lambat sikit..kira-kira pukul 9.30am baru start kayuh...bukan nyer ape, si mustakim terlambat bangun, sebab attend banyak umah terbuka semalam...ehehe

Check point 1 - Pandang rumput Sendayan

Baru kayuh selama 10 minit, ada diantara kami berempat bersuara "Berhenti ! berhenti! amek angin jap...ghondang dengan lomang semalam tak pocah laei" ler...rupanye si Takim (Mustakim) mintak angin...

Rintangan pertama

5 minit lepas tu kami teruskan kayuhan...rintangan pertama yang dilalui ialah kena rentas 3 anak sungai dan keadaan jalan yang berselut (lepas hujan semalam)

"Baru lah MTB namo eh...kalau beghoseh yo..itu basika road bike", Azmi atau dikenali dikalangan sedara mara sebagai Along memberi kata2 perangsang

Check point 2 - Ladang Sawit Sendayan

Sampai je di CP2, kami berempat pun berhenti amek angin dan minum air. Aku sempat bersihkan selut2 di basikal aku dan kasut aku yang baru pertama kali jumpe selut...sok sek


(Dari kiri - Taufik, Azmi dan yang dah tergolek tu Mustakim)
Taufik yang sempat tersengeh...


Kali ni kayuhan dah tak susah lagi dah...sebab jalan dah mendatar je...kami teruskan kayuhan menghala ke check point ketiga...

Check point 3 - Bistro

Bila Azmi beritahu check point seterusnya adalah Bistro bagi semua rider yang lalu kat situ, aku menjadi terpinga-pinga tapi aku teruskan jugak kayuhan aku ni..Keluar dari ladang kelapa sawit tu, kita orang masuk plak kampung (Kg Jimah Lama) dan berhenti di sebuah kedai makan yang terletak di pinggir kampung Jimah Lama tu...

Mana tahan beb tengok gulai lemak cilipadi ayam kampung dia...Aku sudah rembat 1 ketul dengan mee hoon goreng.

Check point 4 - Air panas

Perut dah kenyang...hati pun dah senang...kami terus kan perjalanan ke CP seterusnya. Merentasi jalan batu kelikir dengan kiri dan kanan dikelilingi ladang kelapa sawit serta ada sikit downhill yang sejauh 2 km...kami pun sampai di check point seterusnya yang dipanggil CP Air Panas. Aku ingatkan saje2 jer dia orang ni letak nama air panas...rupa2 nyer memang ada tali air yang telah di buat bertingkat-tingkat dan airnye memang panas...

Ape lagi..masing2 terus buka kasut dan berkaki ayam..dan terus merendamkan kaki masing2 dalam kolam air panas tu...






















BEST nyer...hilang rase penat setelah 2 jam kayuh tadi...


Aku, Taufik dan Azmi dengan gaya kayuhan masing2


Mustakim yang sedang bakar lemak, lemang, ketupat palas yang di makan semasa hari raya hari tu...

Muka penat dan puas ...Azmi, Taufik dan Mustakim masih mampu berposing walau pun dah penat..


Kami terus kan kayuhan ke Seremban 2 dan sempat berhenti di kawasan Garden Home untuk menikmati air kelapa mawar sebelum mengakhiri kayuhan yang ambil masa selama 4 jam lebih...(banyak abis kan masa kat check point ler..ehehe) dan selamat sampai di Stesyen minyak Esso lebih kurang pukul 2 petang...

1 comment:

  1. Tetiba jo terjumpa blog ni..terharu..tinggal la den sorg yg terus berkayuh sehingga kini..yg lain pencen dah.huhuu

    ReplyDelete