Sunday, October 17, 2010

Santai Cycling Club di Kayuhan Melaka Maju 2010

"Azahari, Shamsuri n Jemi, tunggu aku kat jejantas Melaka Maju 2010 di Sg Rambai pukul 7.45pagi...jangan lambat.." text sms aku pada semua rider SCC sempena menyahut cabaran kayuhan Melaka Maju 2010...


Aksi rider SCC yang berkobar-kobar nak mulakan kayuhan...terutama Jemi (kiri sekali) yang masih buat perhitungan dengan diri sendiri setelah 20 tahun tak kayuh...









Romantik nya pasangan suami isteri ni...



Geng RETRO pun tak sabar-sabar nak mulakan kayuhan...


Masing-masing tengah menunggu Ketua Menteri untuk flag off..

Angin tayar kurang daaa...

The Three Musketeers...with Shamsuri in the middle...

" Hari ni kita buktikan yang kaum hawa pun leh habiskan ekspedisi nih...caiyok! "

Tamat lah sudah Kayuhan Melaka Maju 2010...Lebih kurang 30km...
Syabas rakyat Melaka...Melaka Maju 2010...Melaka Boleh! Malaysia Boleh!





Monday, October 11, 2010

Kayuhan 10.10.2010

Pagi 10.10.2010, kayuh dari Paya Rumput. Lalu Stadium Hang Jebat, keluar kat Krubong Jaya. Masuk off-road Krubong sampai Gangsa.

Depan Pusat Akuatik, Stadium Hang Jebat













MTB vs Excavator, background highway SAS.
















Depan Sek Keb Kerubong.
















Last sekali, singgah kat warung roti canai dak Asmat. Warung ni dekat traffic light Krubong Jaya. Pekena milo panas. Lepak dalam setengah jam. Lepas tu sambung kayuh balik Paya Rumput. Total distance 26 km.

Wednesday, September 29, 2010

Rendam Kaki di Hot Spring Sendayan..

Ahad 19 September 2010 -

"Azmi, aku dah on the way... aku lambat sikit, sarapan plak dulu tadi...tunggu tau" itulah bicara telefon sambil drive ke Stesyen minyak ESSO di area Sendayan.


Tunggu geng semua cukup, kayuhan bermula agak lambat sikit..kira-kira pukul 9.30am baru start kayuh...bukan nyer ape, si mustakim terlambat bangun, sebab attend banyak umah terbuka semalam...ehehe

Check point 1 - Pandang rumput Sendayan

Baru kayuh selama 10 minit, ada diantara kami berempat bersuara "Berhenti ! berhenti! amek angin jap...ghondang dengan lomang semalam tak pocah laei" ler...rupanye si Takim (Mustakim) mintak angin...

Rintangan pertama

5 minit lepas tu kami teruskan kayuhan...rintangan pertama yang dilalui ialah kena rentas 3 anak sungai dan keadaan jalan yang berselut (lepas hujan semalam)

"Baru lah MTB namo eh...kalau beghoseh yo..itu basika road bike", Azmi atau dikenali dikalangan sedara mara sebagai Along memberi kata2 perangsang

Check point 2 - Ladang Sawit Sendayan

Sampai je di CP2, kami berempat pun berhenti amek angin dan minum air. Aku sempat bersihkan selut2 di basikal aku dan kasut aku yang baru pertama kali jumpe selut...sok sek


(Dari kiri - Taufik, Azmi dan yang dah tergolek tu Mustakim)
Taufik yang sempat tersengeh...


Kali ni kayuhan dah tak susah lagi dah...sebab jalan dah mendatar je...kami teruskan kayuhan menghala ke check point ketiga...

Check point 3 - Bistro

Bila Azmi beritahu check point seterusnya adalah Bistro bagi semua rider yang lalu kat situ, aku menjadi terpinga-pinga tapi aku teruskan jugak kayuhan aku ni..Keluar dari ladang kelapa sawit tu, kita orang masuk plak kampung (Kg Jimah Lama) dan berhenti di sebuah kedai makan yang terletak di pinggir kampung Jimah Lama tu...

Mana tahan beb tengok gulai lemak cilipadi ayam kampung dia...Aku sudah rembat 1 ketul dengan mee hoon goreng.

Check point 4 - Air panas

Perut dah kenyang...hati pun dah senang...kami terus kan perjalanan ke CP seterusnya. Merentasi jalan batu kelikir dengan kiri dan kanan dikelilingi ladang kelapa sawit serta ada sikit downhill yang sejauh 2 km...kami pun sampai di check point seterusnya yang dipanggil CP Air Panas. Aku ingatkan saje2 jer dia orang ni letak nama air panas...rupa2 nyer memang ada tali air yang telah di buat bertingkat-tingkat dan airnye memang panas...

Ape lagi..masing2 terus buka kasut dan berkaki ayam..dan terus merendamkan kaki masing2 dalam kolam air panas tu...






















BEST nyer...hilang rase penat setelah 2 jam kayuh tadi...


Aku, Taufik dan Azmi dengan gaya kayuhan masing2


Mustakim yang sedang bakar lemak, lemang, ketupat palas yang di makan semasa hari raya hari tu...

Muka penat dan puas ...Azmi, Taufik dan Mustakim masih mampu berposing walau pun dah penat..


Kami terus kan kayuhan ke Seremban 2 dan sempat berhenti di kawasan Garden Home untuk menikmati air kelapa mawar sebelum mengakhiri kayuhan yang ambil masa selama 4 jam lebih...(banyak abis kan masa kat check point ler..ehehe) dan selamat sampai di Stesyen minyak Esso lebih kurang pukul 2 petang...

Sunday, September 26, 2010

Sunday Ride 26 Sept





























2 jam kayuhan dari Tmn Angkasa Nuri ke Pasar Borong ke Sg Putat, Kat Sg Putat aku main off road sikit them teruk ke IPK.
Dari IPK terus ke Dataran Sejarah, Taman Buaya, Taman Botanikal.
Pemandangan yang sangat indah kat dalam Hutan Rekreasi diwaktu pagi.... tak lah ramai org...
Org melaka ramai masih tidur lagi kot..
Dari situ aku terus pergi ke MITC, bergambar kat beberapa tempat....
On the way back aku nampak Malacca Garrage sale...org tak ramai...
Macam pasar malam sbb byk barang2x baru and kedai pun tak byk...
Ada 1 kedai jual jersey and brg2x basikal...
Matahari pun dah panas terik..then terus aku balik sbb dah panas sgt
Singgah rumah Wan Zul...sembang2x ( muka baru bangun tidor... )
Solo ride yang penat gilar & Sakit kaki beb.....he he he

Saturday, September 25, 2010

Two in One
















2 dalam 1... Hari nie aku gie Open House kat Bukit Katil & Serkam then gie Muar kedai Ah Hui, shopping accesories MTB kat sana...
Aku beli shimano cycling shoe, cat eye rear light and Fox dirtpaw full glove....
Finally, aku dah dapat apa yang aku nak.... he he he
and most important thing ...aku dapat GOOD PRICE
Berita Baik to MTB
17 October 2010 bertempat di Sg Rambai.... Off Road event is FREE anjuran
Ah Hui so cepat2x aku register...MAKAN FREE dan dapat T-Shirt Free...cepat register and call no nie...016-6661692 utk pendaftaran
Woppps, forget to share, one week before starting Ramadhan, I went up to Bandung and enjoy sightseeing few bicycle shops overthere...1st shop was selling Giant MTB and 2nd shop was selling Speailized. Almost3x, I'm nearly buying the Specialized Stumpjumper M5 Hard Tail Frame and it cost me about Rp 7.1 millions.
Fuhhhhh, quit expensive and its over Rm 2.4 K, BBS price less than RM 2K.
Anyway,1 day I and my fren will buy another frame after have enough $$$$$$$$$
coz everything is $$$$$$$$$.
It's too early to change the frame....coz we've many choice of brand and features.
Most important things, improve knowledge, skills, stamina and having less food....
The BIGGEST CHALLENGE to all Sportsmen in this World I believe is
Choosing the right food.
We all Malaysian have variety of foods that's why quite number of peoples DIE due to Heart Attack and most of Malaysian BMI was out and that's why YOU GUYS shall JOIN US....
The Hardest thing to do in our LIFE is to CHANGE OUR LIFESTYLE.
So, lets DO it and buy a MTB and join us for Better Health....

Friday, September 24, 2010

Kayuhan Syawal 1431




























Tahun 1431 nie aku bergambar dengan basikal kesayangan aku.... 1st time aku buat nie

Kayuhan Musim Syawal 1431 bermula pada petang raya ke-2....sebulan tak kayuh waktu siang.

Then...aku ambil gambar sunset masa ride kat Kg Gangsa.


Pagi Raya-3, aku kayuh gie melaka...hajat hati nak makan roti telur Pak Brahim kat Taxi Stand lama Melaka..sebab dah sebulan tak makan waktu pagi...so aku kayuh ler ke melaka dari taman angkasa nuri then gie rumah mak aku... On the way tue sempat bergambar kat Eye on Malacca.


Pagi Raya ke-6, aku ikut geng Mastana Riders gie main kat Masjid Tanah..Off Road...

2 jam.... habis basikal kotor... laluan sangat mencabar...aku pancit (terduduk) sekali...tapi dengan penuh usaha aku berjaya tamatkan ride hari tue walaupun rasa penat gila...1st time aku jatuh basikal...waktu ride kali nie.. Nie 2nd off road aku..dapat lah belajar serba sedikit dengan group dia orang nie.

Balik aku hantar mtb aku kat car wash Tmn Merdeka ...RM3 jer...takperlar daripada aku basuh sendiri...penat lorrrr


Raya ke-9 dan 10, aku kayuh kat Felda Bukit Jalor....syok gilar coz semua org Felda tengok aku... macam Lance Armstrong lah pulak rasanya... sempat ambil photo and the best photo is at Railway..

Sebenarnya, antara yang paling syok masa riding mtb ialah uphill, downhill, sightseeing, speeding, jumping dan banyak lagi..anyway..aku pun masih belajar...
OK ler thats all for this time

Will never give-up
aku dengan azhari & idham. posing kat tepi empangan gangsa. ada sorang budak tengah cycling tolong amik gambar kitaorg. terima kasih dik...